top of page

NOVEMBER-DISEMBER

PERMATA HATI ALUMNI SIRI 2 : S.K HULU BERNAM

02 november  2017 | Bilik Seminar Aminudin Baki,FPM
Program ini berbentuk khidmat masyarakat bagi memberi peluang kepada pelajar Pendidikan Khas di S.K Hulu Bernam mendapat peluang melawat Bilik terapi pendidikan khas. Program ini bertempat di Bilik Seminar Aminudin Baki,FPM dan disertai oleh 25 orang pelajar S.K Hulu Bernam dan 7 orang guru. Program ini dianjukan oleh pusat Alumni dengan kerjasama S.K Hulu Bernam dan Fakulti Pembangunan Manusia.

PROGRAM SEMERBAK KASIH

11 November  2017 | Muzium Pendidikan Nasional
Program semerbak kasih merupakan himpunan semula alumni MPSI 1980-81 , bertempat di ,Muzium Pendidikan Nasioanal pada 11 november 2017. Program ini disertai oleh 35 alumni MPSI
16-19 November 2017 | UPSI

LAWATAN UNIVERSITAS ISLAM NEGERI AR-RANIRY,BANDA ACEH,INDONESIA

Program lawatan Universitas Islam Negeri Ar-raniry,Banda Aceh, Indonesia ini diadakan selama 2 hari iaitu 16-19 November 2017. Program ini bertujuan untuk bertukar pandangan dan idea berkaitan kaunseling di kalangan pelajar melalui peranan alumni UPSI yang menggerakkan kerjasama tersebut. Seramai 8 orang terdiri daripada 2 guru dan 6 pelajar terlibat dalam program ini yang dianjurkan oleh Pusat Alumni dengan kerjasama Alumni Chapter Aceh, Persatuan Sains Sukan & Kejurulatihan, MMK KUO dan Persatuan Psikologi UPSI
25 November 2017 | UPSI

PERMATA HATI ALUMNI-SIRI 3 SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM

TAHFIZ IBNU SINA (SRITIS) “HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SRITIS KALI KE-2”

Program ini adalah anjuran Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam Tahfiz Ibnu Sina (SRITIS) dengan kerjasama Pusat Alumni. Program “Hari Anugerah Kecemerlangan Sritis Kali-2” ini dianjurkan bagi meraikan usaha murid yang telah bertungkus lumus untuk mendapat kejayaan dalam semua bidang, justeru dengan itu dengan penganjuran program ini bagi melihat kejayaan yang akan dicapai bersama-sama dan terus berusaha agar kejayaan bersama dapat dikekalkan. Program ini melibatkan guru-guru dan pelajar-pelajar SRITIS yang telah berlangsung di Dewan Kolej Ungku Omar, UPSI.
28-29 November 2017 | Dewan SITC, UPSI

PROGRAM SIRIH PULANG KE GAGANG SIRI KE-5 & SAMBUTAN 95 TAHUN IBU KANDUNG SULUH BUDIMAN

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menggraduatkan lebih daripada 71000 orang graduan sejak tahun 1999. Jumlah pelajar yang bergraduat ini secara automatik menjadi ahli alumni UPSI. Sehingga kini, usaha-usaha mempertemukan ahli-ahli alumni kian giat dilaksanakan, khususnya melalui program Sirih Pulang ke Gagang (SPKG) yang bertujuan mengumpulkan dan meraikan alumni SITC, MPSI, IPSI dan UPSI. Objektif program ini aalah untuk mewujudkan hubungan akrab dan rasa cinta yang berterusan dalam kalangan ahli alumni terhadap alma maternya disamping menggalakkan alumni untuk menyumbang kembali kepada UPSI melalui "Konsep Alumni Berbakti". Menimbang akan keperluan dan kebaikan institusi ini pada masa hadapan, Pusat Alumni  melaksanakan program SPKG Siri Kelima dan Sambutan 95 tahun Ibu Kandung Suluh Budiman dengan tema ‘Ibu Kandung Menggamit Rindu’ bagi merealisasikan hasrat meningkatkan kesedaran dan rasa cinta ahli alumni kepada universiti ini. Perasmi program ini ialah Y.Bhg. Dato’ Hj. Kamarudin Ismail, Ahli Lembaga Pengarah Ikatan Koperasi Antarabangsa (ICA) merangkap Naib Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) yang merupakan Alumni Anak Kandung Suluh Budiman.
19 Disember 2017 | Atrium Bangunan Canselori, UPSI

EDUCATIONAL PROJECT OF INNOVATION COMPETITION (EPIC) 2017

​

Objektif program Educational Project Of Innovation Competition (EPIC) 2017 ini adalah untuk memupuk budaya kreativiti dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dalam kalangan warga UPSI selain menggunakan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang diperolehi dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, dapat dijadikan sebagai penyediaan kearah kemahiran berfikir aras tinggi bagi mahasiswa/I UPSI. Tema projek tahun ini ialah Alat Bantu Mengajar dan seramai 250 orang telah terlibat dan sebanyak 50 projek telah dipertandingkan keseluruhannya. Terdapat 6 anugerah disediakan iaitu antaranya Gold, Silver dan Bronze Award.
 
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI dan Persatuan Sains Sukan & Kejurulatihan UPSI merupakan penganjur bersama dan juga dengan kerjasama daripada 9 fakulti, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi serta Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM). 10 orang Juri dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Tg. Malim merupakan panel juri bagi pertandingan ini dan telah dirasmikan oleh Prof. Dato Dr. Mohamad Shatar Bin Sabran, Naib Canselor, UPSI. Penaja utama bagi program ini adalah Alicafe dan i-Learn.

​

bottom of page