top of page

FEBRUARI - SEPTEMBER

22 Februari 2017(Rabu)  / Auditorium Utama, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah

MALAM APRESIASI KEMANUSIAN (ACEH-ROHINGYA)

Program ini diadakan untuk menjadi platform menyampaikan apresiasi penghayatan kemanusian kepada golongan yang tidak bernasib baik yang berhadapan dengan perang dan gempa bumi. Program ini juga, bertujuan bagi mengumpul dana dan menyampaikan dana kemanusiaan kepada golongan yang tidak bernasib baik serta untuk menyatakan solidarity kepada mangsa yang terlibat. Program ini adalah anjuran Pusat Perhubungan Alumni dan Alumni UPSI Chapter Aceh dengan kerjasama Persatuan Penulis Budiman(BUDIMAN) dan telah dirasmikan oleh Naib Canselor UPSI.
17 Jun 2017/ Dewan Kolej Za'aba

MAJLIS BERBUKA PUASA ALUMNI & PENYAMPAIAN INFAK RAMADAN

Majlis Berbuka Puasa Alumni dan Penyampaian Infak Ramadan ini adalah anjuran Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) dengan kerjasama Pusat Alumni. Majlis berlangsung di Dewan Kolej Za'aba. Sumbangan derma telah diberikan kepada anak-anak yatim di 20 buah sekolah yang berada di sekitar Tanjung Malim. Majlis ini merupakan acara tahunan PASB bersama Pusat Alumni setiap bulan Ramadan.
18-19 Julai 2017 / Hotel Concorde, Shah Alam

BENGKEL PEMERKASAAN & HALA TUJU ALUMNI

Bengkel Pemerkasaan & Hala Tuju Alumni pada 18-19 Julai 2017 di Hotel Concorde, Shah Alam bersama LPU UPSI Tuan Ahmad Sani Araby,TNC HEPA Prof. Madya Dr. Md Amin Md Taff & Pendaftar UPSI,En. Mohd Faizi Othman. Turut hadir bersama Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin, En Mohd Fadhil Abdullah, Cikgu Noor hayati (wakil Tokoh Alumni)& wakil kakitangan dari Bahagian Perancangan Korporat.
22 Julai 2017 / Dewan Sri Tanjung

MAJLIS MESRA AIDILFITRI PASB 2017 / 1438H

Majlis Mesra Aidilfitri ini adalah anjuran Persatuan Alumni Suluh Budiman (PASB) dengan kerjasama Pusat Alumni. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Sri Tanjung. Sambutan Hari Raya ini dapat mengeratkan persaudaraan ahli alumni bersama warga UPSI dan sebagai platform menghargai sumbangan alumni.
27 Julai 2017 / ARENA, KSAS

PROGRAM PERMATA HATI ALUMNI SIRI 1-SK HULU BERNAM

Seramai 25 orang murid,7 orang guru dan 2 orang pengurusan murid telah menyertai program ini. Tujuan program ini diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar Pendidikan Khas di Sk Hulu Bernam mendapat peluang yang sama dengan pelajar normal melalui aktiviti renang. Program ini berbentuk khidmat masyarakat dan bertempat di Arena UPSI, selama satu hari. Anjuran bersama S.K Hulu Bernam, Pusat Sukan Upsi, Sahabat Alumni Mahasiswa(SAM) dan persatuan Sains Sukan & Kejurulatihan(FSSKj).
29 Julai 2017(Sabtu) / SMK Hutan Melintang & SMK Khir Johari,Bagan Datuk,Perak

POLISH YOUR ENGLISH & PARENTING SKILLS FOR CHILDREN EDUCATION

Program ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai kaedah pembelajaran yang lebih sistematik dalam Bahasa Inggeris serta mengadakan perkongsian konsep pembelajaran yang berkesan kepada para ibu bapa bagi memastikan anak-anak dapat mengaplikasikan pembelajaran di rumah. Seramai 350 orang guru dan pelajar,serta 33 orang fasilitator UPSI telah terlibat. Program Ini berlangsung selama satu hari dan diadakan di SMK Hutan Melintang & SMK Khir Johari, Bagan Datuk,Perak yang di anjurkan oleh Pusat Alumni dengan kerjasama Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM) dan Pejabat Pendidikan Daerah Hilir Perak.
29 Ogos 2017 / Aceh, Indonesia

ROUND TABLE ALUMNI CHAPTER ACEH

Program ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama dengan Alumni Aceh. Program ini telah berlangsung di Universitas Islam A-Raniry, Aceh, Indonesia. Selain itu, melalui program ini juga dapat menggalakkan Alumni Aceh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan secara tidak langsung dapat mempromosi UPSI pada pelajar Aceh. Program ini adalah anjuran Pusat Alumni dengan kerjasama Alumni Chapter Aceh, Majlis Aanak Johor, Persatuan Sains Sukan & Kejurulatihan serta Sahabat Alumni Mahasiswa (SAM)
8-10 September 2017 / Dewan Kolej Ungku Omar, UPSI

PROGRAM KEMBARA ILMU @ UPSI

Program Kembara Ilmu @ UPSI ini telah berlangsung di Dewan Kolej Ungku Omar, UPSI. Program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang erat diantara alumni dan universiti. Selain itu, melalui program ini ia dapat memberi peluang kepada masyarakat luar (pelajar) merasai keseronokan menyambung pengajian di universiti dan secara tidak langsung program ini dapat dijadikan sebagai salah satu sumbangan alumni kepda universiti. Dianjurkan oleh Kolej Ungku Omar (KUO) dengan kerjasama Pusat Alumni, JHEPA, UPSI dan SMK Behrang 2020. Seramai 97 orang pelajar Tingkatan 5 dari sekolah tersebut telah menyertai program ini Jemputan penceramah ini ialah Encik Nuzsep Almigo dan Encik Mohd Yazid Shariff.
15-16 September 2017 / Dewan Sri Tanjong, UPSI

UPSI DI HATI ALUMNI BERBAKTI

Program ini telah disertai oleh 50 orang alumni MPSI yang hadir bersama ahli keluarga masing-masing dan telah berlangsung selama 2 hari, bertempat di Dewan Sri Tanjong, UPSI. Program seumpama ini diadakan untuk mengukuhkan semangat cinta UPSI melalui pertemuan alumni serta penganjuran siri "Alumni Talk"  bersama figura dari MPSI. Terdapat slot "Bicara Alumni" bersama 2 panel iaitu Prof. Datuk Ab. Rahim Selamat dan Tn. Hj. Hamdan Hj. Abd Rahman. Turut hadir ketua Jabatan HEPA dan TD HEPA Fakulti bagi memeriahkan majlis dan telah dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Madya Dr. Md Amin Md Taff. Program adalah anjuran Alumni MPSI dengan kerjasama Persatuan Alumni Suluh Budiman dan Pusat Alumni.
26 September 2017 / Dewan Banquet, E-Learning

MAJLIS IKATAN MUHIBBAH ALUMNI PENDIDIKAN GEOGRAFI 2000-2017

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan kerjasama dan kerja berpasukan dalam Alumni Pendidikan Geografi bagi menjayakan visi dan misi fakulti serta universiti bersama warga Alumni. Majlis ini berlangsung pada pukul 8.00 malam bertempat di Dewan Banquet, dan dirasmikan oleh Dekan FSK, dan di anjurkan oleh alumni pendidikan geografi dengan kerjasma pusat alumni.
bottom of page